Ariff, Nilam dan Rezza,
Mak yakin , pada suatu hari nanti, pasti ada antara anak-anak Mak yang akan bertanya
soalan ini :
Macamana kita boleh berpindah ke Kuala Klawang ?
Anak-anakku,
Setiap insan ada perasaan
Setiap soalan ada jawapan
Jawapannya :
Pada tahun 2006, ayah ditawarkan kenaikan pangkat dan seterusnya dihantar bertugas ke Kuala Klawang.
Begitulah.
Mula-mula , Ayah pergi seorang diri sebagai perantau sepi.
Sebulan kemudian, Ayah bawa Abang Ariff untuk menemani.
Mak dan Nilam terus duduk berdua di Gemas sehinggalah hujung tahun 2006.
Kita duduk di rumah yang Ayah beli
SEBUAH RUMAH PINK - PURPLE DI TAMAN DESA BAKTI!
( CATATAN KENANGAN MAK SELAMA BERJAUHAN )
Mak terus mengajar di SMK Gemas.
Nilam dihantar ke rumah orang sewaktu Mak bekerja.
Waktu petang, biasanya Mak akan ke sekolah - sama ada urusan kerja atau Mak akan
berjogging.
Nilam selalu ikut Mak.
Waktu malam, Mak mengajar perdagangan SPM di Felda Sg Kelamah, di bawah Skim Baucer Tusyen Felda.
Nilam Mak bawa bersama.
Pukul 11 malam baru kita balik.
Mak teringat 2 orang pelajar bernama Zulbakri dan Hafiz dari Taman Sentosa yang selalu Mak bawa bersama untuk menemani kita.
Sesekali balik tusyen, kita makan di medan selera sebelah PETRONAS gemas ...
Semuanya masih segar dalam ingatan .... ..tapi Mak tahu Nilam tak mungkin ingat kerana
waktu itu Nilam baru berusia 4 tahun.
HUJUNG TAHUN 2006, BUMI GEMAS KITA TINGGALKAN
MAK DAN NILAM MELANGKAH
KE KUALA KLAWANG KITA BERHIJRAH
No comments:
Post a Comment