Nilam,
Semalam, Mak tak sempat update blog.
Catatan Perjalanan Semalam : 17/7/2013
Habis kerja, Mak dan Nilam turun ke Jelebu untuk mengambil adik Rezza.
Dalam perjalanan, kita berbual-bual.
Mak rasa dah sampai masanya Mak terangkan pada Nilam hal sebenar.
Nilam,
Mak dan ayah di ambang perpisahan. Ayah telah pun mengambil borang permohonan untuk
berpisah di Mahkamah Jelebu. Mak tak tahu bila ayah akan lengkapkan borang bersama-
sama semua dokumen yang dikehendaki. Mak serahkan semua pada ayah. Mak ikut saja
rentak ayah. Terpulanglah pada Ayah! Segala-galanya di tangan dia. Mak setuju!
Apakah punca perpisahan ini ? Ini soalan biasa. Sesuatu yang berlaku pasti ada puncanya.
Jawapan Mak mudah sahaja. Sebenarnya, puncanya banyak. Macam-macam.
Apabila semuanya dikumpulkan menjadi satu maka kami tak boleh lagi bersatu.
Itulah hakikatnya.
Nilam menangis bila tahu semua ni. Menangislah Nilam. Mak tak menghalang tetapi jangan
risau, Mak akan jaga Nilam, Abang dan adik selama-lamanya.
Lega hati Mak setelah berterus-terang. Harap-harap pada hari raya nanti, rakan-rakan dan
saudara mara tak tanya Mak tentang ayah ... harap mereka sedia maklum...
( Dalam perjalanan balik Seremban, Mak terpaksa berhenti di Bukit Tangga. Mak tak berdaya.
Mak sgt letih dan mengantuk. Mak tidur sekejap sebelum menerus perjalanan kita )
Terima kasih Mak ucapkan kepada Pengetua hebat yang menghantar Mak berpindah
ke Seremban ... Terima kasih kerana tindakannya menyempurnakan penderitaan kita !
SEBUAH PENDERITAAN YANG AMAT SEMPURNA.
Nilam,
Pukul 3 pagi tadi Mak balik rumah sebab Mak rindu sangat kat Adik Rezza. Mak tahu adik
semput. Malam tadi lepas buka, Mak dah bagi adik gas. Pagi ni Mak bagi adik gas sekali
lagi. Masa Mak datang, Adik belum tidur. Dia gembira sangat Mak datang. Dia peluk Mak
erat-erat dan terus tidur dalam pelukan Mak.
( Mak tak boleh bawa adik ke rumah Mak. Rumah Mak berhabuk dan tak ada apa2. Hanya
sebuah rumah kosong)
Kemudian Mak balik semula ke rumah Mak. Tidur sendiri hingga ke pagi.
Hari ini Mak bekerja macam biasa. Bekerja di sebuah sekolah yang luar biasa para
pelajarnya.
Mak tenang saja. Rasanya , tidak ada riak sedih di wajah Mak.
Kenapa ?
Sebab Mak rasa memang dah sampai masanya Mak pergi dari hidup ayah. Cukuplah
perkongsian selama 18 tahun ini ... Mak tak mahu teruskan walau pun untuk 8 saat lagi ...
cukuplah ...
Mak harap ayah faham...
Mak harap Abang Ariff faham
Mak harap Nilam faham
Mak harap Adik Rezza faham ....
HAKIKATNYA
INI YANG TERBAIK UNTUK KITA
SELAMANYA
Betul ke Mak tak sedih ?
Betul
Mak dah puas bersedih
Mak nak hidup gembira
menghabiskan sisa-sisa usia
TAK TAHU DI MANA HUJUNGNYA
Nota : Mak minta maaf sangat2 pada ayah sebab Mak tak kemas rumah kita ...
perjalanan 100 km jaraknya...
perjuangan mendidik generasi muda yang luar biasa ...
dan pengurusan anak-anak dari pagi hingga nak lelapkan mata ....
menyebabkan Mak sungguh tak berdaya!
Usah kata nak pegang penyapu, nak menyapu air mata yng kadangkala berlinangan menahan duka pun Mak tak berdaya!
No comments:
Post a Comment