Nilam,
Adik Rezza lahir pada tarikh 30 Mac 2011. Lahir pramatang secara pembedahan.
Kali kedua Mak melahirkan anak melalui kaedah ini.
Kali pertama dulu, semasa melahirkan Nilam.
Bermula 30 Mac 2011 hingga kini, Jadual hidup Mak amat padat.
1) Bekerja
2) Uruskan abang
3) Uruskan Nilam
4) Uruskan adik yang kerap sakit
( Hospital adalah lokasi paling kerap Mak lawati )
Ini sahajalah kehidupan Mak.
Bermula dari bangun tidur sehinggalah masuk tidur ...
Tidak ada ruang untuk bersantai-santai ...
Mak gembira dengan kehidupan yang terisi dan bermakna itu.
Sebuah kehidupan yang ringkas dan sederhana.
Mak hidup seadanya.
Anak-anakku,
Mak tidak pernah memikirkan kebahagiaan sendiri. Anak-anak adalah keutamaan. Mak tak
bahagia pun tak apa...kerana Mak tahu :
Sebuah kebahagiaan itu amat mahal harganya!
Akan Mak teruskan perjalanan hidup ini, membesarkan anak-anak penuh kasih sayang
dengan hati sentiasa berdoa :
Ya Allah, seandainya aku layak untuk bahagia,
hantarlah seseorang yang menerima diri ini seadanya
Ya Allah, seandainya bahagia itu milikku,
bukakanlah pintu hati ini untuk hati yang lain sesuci embun pagi
Ya Allah, seandainya aku ini, hidup dengan penuh ketulusan hati,
bukakanlah pintu hati seorang insani untuk menemaniku selagi ada hayat ini
Mak tidak mahu menghalang orang lain untuk bahagia.
Sila pergi ...
Andai bahagia yanag dicari
Mak tetap di sini
Menanti bahagia datang sendiri
Mak berduka ?
Mak gembira hakikatnya
kerana apa ?
kerana akhirnya Mak sendiri secara hakiki
Maksudnya ?
Dulu sendiri juga tapi tak nampak macam sendiri
Mak nak buat apa ?
Mak tak nak buat apa-apa yang akan menyusahkan anak-anak tercinta
So
Kita tetap berempat menyusuri kehidupan mengharapkan limpah kasih Tuhan
Selamat jalan
SALAM TERAKHIR SALAM TERISTIMEWA
No comments:
Post a Comment