Anak-anakku,
Sekitar jam 6 petang tadi, Mak balik ke Pulai Villa untu mengambil barang-barang
peribadi. Rumah kosong dan sunyi. Sepi. Mak duduk di sofa pink kita ...
mengimbau segala kenangan lama ...
SOFA PINK
Sofa Pink itu. Mak dan ayah beli di Pacifik. Masa tu tak tahu nak pilih sofa
mana ... tiba-tiba Mak nampak sofa pink bunga-bunga ... Mak letakkan Adik Rezza
yang ketika itu berusia 4 bulan atas sofa tu ... comelnya dia ... dan Mak pun
beli sofa tu ...
PERMAINAN ADIK
Air mata Mak mengalir laju melihat barang perminan Adik. Nilam, Mak rindu adik
... Mak rindu senyuman dia ,,, dan Mak tahu, adik juga merindui Mak ... Semalam,
Mak tidur peluk baju adik ...
KOMPUTER ABANG
Mak naik ke tingkat atas untuk mengambil Gold Beauty Foundation Mak. Ternampak
komputer abang. Mak menangis lagi. Sungguh Mak amat merindui abang ,,, Mak
rindu dengar suara abang ...
Mak nak sgt berjumpa semua anak Mak tapi Mak amat benci melihat wajah itu ...
Maafkan Mak Nilam ...
Tapi Mak kenal dia lebih daripada orang lain kenal dia ...
Suatu masa dulu, Mak bodoh, Nilam. Tapi bersama perjalanan masa, Mak sedar, tak
ada gunanya lagi Mak berada di sisinya. Puluhan tahun Mak berkorban namun
hatinya tertutup untuk melihat segala pengorbanan Mak...
Kepakarannya hanyalah mencari kesalahan orang lain
Kehebatannya hanyalah menjaja kelemahan orang lain
Keistimewaannya hanyalah menagih simpati orang lain
Sanggup Mak cakap macam ni ?
Lebih daripada sanggup Nilam kerana :
hati kian hari kian benci
Nota untuknya : Jangan ganggu hidup saya lg!
No comments:
Post a Comment