Saturday, 6 July 2013

MRI OF THE LUMBAR SPINES : DISC BULGE OF l 4/5 WITH DESSICATION/ TUMBANGNYA SEORANG IBU

Nilam,



 Suatu hari dalam perjalanan kehidupan kita pada tahun 2012 telah tertulis  : 



Dalam cuba bertahan, mak tumbang juga.  Serius tumbang ,
 
memang tidak boleh bangun. 
 
Sakit amat sangat. 
 
Mak terpinga-pinga ...Mak pun tak tahu apa berlaku
 
kerana
 
kesakitan itu muncul tiba2.




Pergi ke hospital, mulanya, doktor buat xray.  Tak Nampak apa2.  Semuanya normal.  Mak

diberi ubat tahan sakit  dan cuti sakit 3 hari.



( cuti lagi...hmmm.... segal-galanya ujian Tuhan.  Mak tak minta .sakit...Mak pun menderita! )


Selepas 3 hari, sakit semakin teruk.  Mak ke hospital semula untuk buat MRI.



Setelah buat MRI, barulah Mak tahu, rupa-rupanya ada kecederaan pada sekeping disk

tulang belakang Mak.  Lihat atas xray, kecederaan itu sangat minor tapi minor2 pun ,

effectnya luar biasa.




Tak Mak nafikan setelah peristiwa ini, Mak tidak boleh buat kerja berat.  Tak boleh angkat

barang berat dan Mak tak berani memandu terlalu jauh.  Kadang-kadang ok tapi kalau sakit

dia datang, Mak memang tak boleh bergerak.



Setelah menerima rawatan untuk beberapa ketika, Alhamdulillah Mak semakin pulih. 

Pemulihan ini ambil masa yang lama sebenarnya.  Hampir setahun juga.




Catatan :  Orang selalu tak percaya Mak sakit ... sebab orang sakit biasanya berwajah kusam dan muram tapi Mak adalah orang sakit yang berseri2

SEBAB LAGI MAK SAKIT, LAGI MAK MAKE UP DAN BERGAYA. MAK TAK NAK ORANG TENGOK MUKA MAK KUSAM DAN HITAM BAWAH MATA KERANA TAK DAPAT TIDUR MENANGGUNG SAKIT.


Adik sakit pun, Mak make up juga sebab nak cover muka yang kusam dan lesu kerana setiap kali adik sakit mak tak tidur sangat.  Kalau 9 hari di hospital, 9 hari lah Mak tidur2 ayam.  Bingung sj Mak rasa.  Memang tak boleh berfikir!



 

No comments:

Post a Comment