Ariff, Nilam dan Rezza,
Gambar kenangan zaman persekolahan ...
GAMBAR MAK SEMASA TINGKATAN 4 ( TAHUN 1986 ) |
GAMBAR MAK SEMASA TINGKATAN 3 ( TAHUN 1985 ) |
Masa sekolah dulu, Mak bukanlah pelajar yang comel dan cantik.
Mak selekeh.
Fokus Mak
hanyalah akademik. Semasa kawan2 Mak dah pandai pakai bedak dan lip gloss, Mak
masih tak tau tentang semua tu.
Kalau Nilam tengok betul2, nampak jelas betapa Mak hanyalah seorang remaja
perempuan yang comot.
Kawan2 sekelas Mak panggil Mak ketam sebab Mak suka jalan senget ( disebabkan kurang
keyakinan diri pada masa tu ). Mak tergelak ingat semua ini...
Tapi Mak tak menyesal...
Sebab Mak comotlah tak ada siapa nak suka Mak ... Mak belajar, belajar dan belajar
sehingga ke Menara Gading ...
( Cuma, ketika itu dalam diam, Mak amat suka pada seseorang - my classmate - tapi Mak tahu, Manalah dia nak pandang budak comot macam Mak )
Dan bersama perjalanan masa, remaja comot itu juga bertukar rupa ... juga bertukar gaya ... dan tak senget lagi ( disebabkan keyakinan diri yang kian hari kian tinggi ) ...
NOTA UNTUK KIAM
Gambar kenangan kita bersama ...
Betapa hodohnya saya tapi awak tetap sama
DULU
KINI
DAN
SELAMANYA
Penampilan saya berbeza tapi hati saya masih hati yang satu itu juga
KIAM : SAYA SUKA AWAK SELAMANYA!
( as a friend )
Saya juga suka senja
lantaran senja menjadi saksi
kita naik bas yg sama setiap hari
sama bas
sama kelas
namun kita hanyalah dua orang asing - dgn senyuman tak berbalas!
Sebagaimana saya tak pernah melupakan memori ini, harap awak juga akan terus mengingatnya....
No comments:
Post a Comment