Friday, 28 June 2013

NILAM KENA PANDAI PILIH KAWAN


Nilam,

Pagi minggu yang indah lagi damai ini, Mak nak bercerita tentang persahabatan.


( Secara spesifiknya  :   Mak nak bercerita tentang beberapa orang "sahabat" Mak unuk Nilam jadikan pedoman )


Miss A

Miss A ini Mak temui di sebuah sekolah menengah di sebuah negeri.  Orangnya comel!  Usianya lebih muda beberapa tahun daripada usia Mak.

Kami selalu berbual dan bercerita.  Sehinggalah suatu hari Mak dapati dia sangat suka menggunakan apa yang pernah Mak cakap dengan dia sebagai senjata untuk menyindir Mak sesuka hatinya.

Sebagai contoh  :  Hari ini Mak cakap dengan dia  :  Akak ni tak boleh tengok orang susah.  Mesti nak tolong.  Kesian ....

Esok atau lusa atau beberapa lama kemudian  :  Dia akan buat ayat begini sambil tersenyum sinis  :  Akak kan tak boleh tengok orang susah... akak kan baik hati ... siapa boleh lawan akak ... tak la macam saya ni .... bala.. bla  bla ....


OH MY GOD... sahabat jenis apakah ini ?

Semasa dia mengandung dan melahirkan anak, Mak agak prihatin,  telefon dan sms bertanya khabar tapi semasa Mak melahirkan anak dia sepi tanpa berita ...

Eh! ... Dia tau Mak nak pindah tapi tak ada pun dia berkata apa2 ... seolah2 Mak tak pernah menjadi kawannya selama ini.

Nilam,

Jika Nilam temui orang begini, tidak perlulah bersahabat lagi dengannya.  Tegur2 macam tu sahaja la ... sebab, JELAS, hatinya ada masalah!

Miss B

 Miss B ini  Islamik pakaiannya.  Marah sangat dia kalau orang berpakaian tidak Islamik.  Mesti dia nak mengata...

Apa2 pun, mesti nak mengata juga.

Mengata, mengata dan mengata ....



Nilam, Jauhi kawan yang suka mengata orang.  Jangan sesekali belajar menjadi pengumpat.  Mak tak suka. Kawan jenis ini  tidak sihat untu kita.  Daripada Nilam mengumpat orag, lebih baik Nilam baca buku.


Miss C

Orangnya tegas.  Dia suka meningkatkan diri dan mencapai kecemerlangan walau pun dengan cara yang tidak begitu jujur.  Jika dia ada masalah, dia akan bercerita dengan penuh perasaan.  Mak pun mendengar penuh perhatian. 

Tapi kalau kita ada masalah, dia dengar, dengar sekejap kemudian dengan tegas buat cadangan ... macam nak paksa kita terima cadangan dia...lepas tu, tak ingin dia nak dengar lagi cerita kita ....ayatnya pun berbisa juga.


Dan dia juga berkemungkinan menceritakan rahsia yang kita kongsi bersama kepada orang lain, yang berpangkat dan berjawatan ...

Dia suka berbaik2 dgn orang atas dan sepanjang mak mengenalinya, orang atas sentiasa suka  dia ... kerana apa ...  Pandai dia adjust banyak perkara mengikut kesesuaian masa dan keadaan ... janji apa pun dia buat mendatangkan untung pada dirinya.

Nilam, Orang begini janganlah Nilam anggap sebagai kawan.  Dia seorang yang pentingkan diri sendiri sebenarnya!   Dia tak peduli pasal kita,  Dia cuma nak yang terbaik untuk dirinya!


Miss D

Rasanya dah 7 tahun Mak mengenali Miss D.  Dia ini hipokrit besar!  Dia juga banyak berdusta!  Dia langsung tidak boleh dipercayai.

Anihnya, dia ingat Mak tak tahu siapa dia. 


Sebenarnya Mak tahu   ( Mak dah tua,  Nilam.  Mak dah ada byk pengalaman hidup ) & dari semasa ke semasa Mak suka menguji dirinya....SMILE!

Kenapa Mak suka menguji dia?

Jawapannya  :  Mak nak tengok teknik dia bersandiwara dengan menggunakan ilmu kaunseling yang dia ada.

( Memang hebat !!!!! )  CUMA KESILAPAN DIA  : dia terlupa Mak hampir 10 tahun lebih tua.   Dia lupa  Itu sahaja.

... dia lupa, dengan usia Mak yang agak banyak dan pengalaman hidup yang Mak lalui :  SEKILAS IKAN DI AIR, MAK KENAL JANTAN BETINA. 

LAGI PUN, 7 TAHUN YANG LALU, MAK TELAH DIBERI SIGNAL OLEH SESEORANG BAHAWA # TAHAP KEPURA-PURAANNYA SANGAT TINGGI# ... sejak itu, Mak cuba mencari bukti ...



Eh...berapa kali tikus masuk perangkap ?

Entah!  SMILE!


Nilam, ingat pesanan Mak,

apabila seseorang berbicara dengan kita,

Nilam dengar betul2 nada suaranya. 

Seorang pendusta,

nada suara dan intonasinya tidak natural.

1)  nada terlalu gembira

2)  nada terlalu memahami

3)  nada terlalu bersetuju

4)  nada terlalu merangsang kita untuk bercakaplebih banyak

5)  nada simpati berlebihan

6)  nada marah berlebihan 

Yang ini Mak kena beri contoh  :

Mak  :  Dia cakap Akak tak kreatif.

Dia   :  Dia cakap macam tu ?  Apa la cakap macam tu ... macam dia tu kreatif sangat ... dia tu memang ....  ( over  )

Hahaha ...Mak suka bila dia buat macam ni ... terserlah kepura-puraannya!

Begitulah!


 Cukuplah Mak menguji dirinya.   (Maafkan saya, kawan!)








No comments:

Post a Comment