Hari ini, kita sekeluarga pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban. Tujuannya : Uruskan kad OKU Ariff !
Alhamdulillah! Segalanya mudah. Pengawal keselamatan di Kompleks Pentadbiraan Kerajaan Seremban sangat baik dan berbudi bahasa. Staff yang bertugas di kaunter juga sangat dedikasi. Mak amat menghargai segala budi baik mereka terhadap kita.
Nilam dan Rezza,
Abang Ariff seorang OKU tau. Dia autistik. Apabila mak tak ada lagi di dunia ni, tolong jaga dia baik2. ( Mak x nak bebankan Nilam dan Rezza dr segi kewangan ... mak ada tinggalkan duit dan sedikit harta untuk dia. Gunakanlah sebaiknya! )
Untuk Perhatian Tuan/Puan yang Berkenaan
Saya ingin berkongsi :
Semua OKU yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 2011 perlu membuat pendaftaran baru untuk mendapatkan kad OKU yang lebih bermutu tinggi.
Walaubagaimanapun, kad OKU lama masih boleh digunapakai sehingga 31 Julai 2012 sahaja.
Oleh itu, adalah digalakkan semua OKU yang telah berdaftar sebelum ini untuk menukar kad OKU di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
( Dipetik dari Laman Web Rasmi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu )
- Permohonan/ Semakan Pendaftaran OKU secara online :
http://spmoku.jkm.gov.my/smoku/
No comments:
Post a Comment