Mak amat sedih. Untuk ke sekian kalinya , adik sakit lagi!
Mak semakin sedih apabila DR CHIN FOOK HIN beritahu : sekarang adik guna antibiotic lain. Kita tukar! Kata Nurse : The last choice antibiotic.
RUMAH KEDUA REZZA |
Kali ni adik mungkin lebih lama daripada biasa di Columbia Asia Hospital kerana mak dan ayah minta buat beberapa ujian untuk mengenal pasti masalah sebenar adik. Kami nak lihat anatomi paru2 adik dan juga alahan yg mungkin ada tapi kita tahu selama ni.
Ariff,
Mak lalui semula apa yang mak lalui semasa membesarkan Ariff dulu ... Ariff pun selalu sakit ... tapi mak tetap mak ... mak berkorban apa saja demi anak2!
( YA ALLAH, TAK SIAPA PUN TAHU BETAPA AIR MATA INI TIDAK MENGALIR NAMUN HATIKU MENANGIS SEMAHU-MAHUNYA ... BANTULAH KAMI YA ALLAH ... KURNIAKANLAH ANAKKU KESIHATAN YANG BAIK ... HANYA PADAMU AKU BERMOHON ... AMIN AMIN ... WAHAI ALLAH TUHAN PENCIPTA SEKELIAN ALAM)
Nota : Nilam, mak rasa bersalah pada adik ... Mak lewat bawa adik ke hospital sebab mak ingatkan adik semakin kuat tapi mak silap ... SYUKURLAH TAK ADA PERKARA BURUK BERLAKU ... adik masih premature baby with health problems!!! Maafkan mak, Rezza... Lepas ni, mak akan lebih peka dan bertindak cepat ... hal-hal lain, mak letak tepi ... PUT REZZA FIRST!
No comments:
Post a Comment